KAU KASIHKU

“Siapa nama kekasih kau tu?” tanya Ida.

Sambil tersenyum aku menjawab, “Entahlah, Ida…”

            Aku sedang bermurung di hospital. Aku sedang sebak kerana mengenangkan kisah-kisah indah aku dan Aisyah. Aku harap Aisyah akan selamat.

            Pagi tadi, Aisyah dan suaminya terlibat dalam satu kemalangan ngeri. Aku diberitahu beberapa minit kemudian oleh salah seorang rakanku. Aku bergegas meninggalkan pejabat dan meluru ke hospital.

            Masih terngiang-ngiang di telingaku panggilan manja Aisyah padaku, ‘Ija’, sedang aku pula memanggilnya ‘Chah’. Hanya kami berdua yang menggunakan nama panggilan ini, orang lain akan memanggil nama penuh kami, Aisyah dan Rohaiza.

            Aku tidak pernah mempunyai teman akrab dari kecil lagi. Kehidupan keluargaku yang sering berpindah randah seiring dengan tempat kerja bapaku membuatkan aku kurang masa untuk mengenali dan menjadi kawan karib mana-mana orang. Hanya Aisyah kawan karibku. Dialah yang aku jumpa dan bergantung harap semasa mula-mula aku menjejakkan kaki ke syarikat pengiklanan tempat aku berkerja sekarang ini.

            Aisyah adalah seniorku di syarikat itu. Dia seorang yang cantik dan periang. Suaminya berkerja berasingan, tetapi setiap petang dia akan datang mengambil Aisyah di hadapan pejabat.

            Kini Aisyah bertarung dengan maut di bilik kecemasan. Aku hanya mampu berdoa. Janganlah ambil Aisyah dariku. Aku menangis teresak-esak, tidak mempedulikan mata-mata yang memandang.

            Tiba-tiba, aku melihat seorang lelaki yang berpenampilan kemas dan menarik, memegang tombol pintu bilik kecemasan di mana Aisyah sedang cuba diselamatkan. Aku terasa ingin memberitahunya bahawa bilik itu tidak boleh dimasuki, tetapi langkahku terhenti apabila dia terpandang aku. Aku terpegun. Wajahnya tampan, tetapi ada unsur-unsur suram di wajahnya. Begitu juga dia, bagai terpegun melihatku.

            Dia bagaikan mengejar waktu, terus memasuki bilik itu dan menutup pintu. Lebih kurang 20minit kemudian, lelaki itu keluar semula. Dia menjeling padaku dan berlalu pergi. Jelingannya suram…

            Kemudian seorang doktor keluar. “Kami dah cuba sedaya upaya, tapi Tuhan lebih sayangkan dia…”

            Tersentak aku mendengar kata-kata doktor itu. Hendak saja aku menyuruh dia cuba menyelamatkan Aisyah kembali, tapi aku sedar yang tindakanku itu hanya bersandar pada emosi dan nafsuku. Aku melutut kaku, selamat tinggal Aisyah…

            “Huh, teruk jugak kemalangan di depan tu.” Kata Ida.

            “Harap-harap mereka tak apa-apa la. Kesian betul.” Responku.

            Tiba-tiba aku terpandang kelibat seorang lelaki yang aku macam pernah nampak berjalan di sebelah kereta yang kami naiki. Dia berjalan agak laju, seperti tergesa-gesa.

            “Ah, lelaki di hospital hari tu.” Desis hatiku. Apa dia buat di sini? Dia berjalan menuju ke arah tempat kemalangan itu. Keadaan jalan yang sesak membuatkan kami tak dapat menggeakkan kereta ke tempat kejadian, hanya mampu melihat dari jauh.

            Adakah aku tersalah pandang atau memang dia memakai pakaian yang sama dengan pakaian yang dia pakai di hospital dulu.

            Lebih kurang 10 minit sahaja, lelaki itu kembali dari tempat kejadian. Masih tergesa-gesa. Aku keluar dari kereta, ingin menegurnya.

            “Awak…” tegurku.

            Dia memandangku terkejut. Masih dengan wajah suramnya.

            “Err…” kelu lidahku. Baru aku sedar yang aku sebenarnya tidak bersedia untuk bercakap dengannya. Entahlah apa tujuanku keluar kereta dan menegurnya. Aku seolah-olah tergerak untuk buat ini. Hanya tergerak hati, tanpa sebarang alasan lain yang lebih konkrit. “Macam mana mangsa kemalangan tu?” akhirnya muncul satu soalan yang agak baik untuk menutup ketelanjuranku menegur.

            “Yang lain selamat, hanya Irene Sofea binti Ahmad Baihaqi yang mati.” Katanya tenang. Dia terus berlalu.

            “Kenapa?” tanya Ida sebaik sahaja aku masuk ke dalam kereta.

            “Tiada apa la…” jawabku. Masih agak terkejut dengan tindakan meluluku tadi. Dan terkejut dengan jawapan yang agak luar biasa dari ‘lelaki suram’ itu tadi.

            Kereta kami bergerak sedikit demi sedikit. Akhirnya sampai berhampiran dengan tempat kejadian. Ambulan masih belum sampai, mungkin kerana maklumat yang lewat diterima.

            Aku melihat seorang mangsa yang cedera sedang mencari-cari sesuatu. Orang ramai cuba menenangkannya tetapi dia masih berdiri dan bergerak-gerak membuatkan semakin banyak pendarahan berlaku padanya.

            Kami memberhentikan kereta di tepi. Sengaja mahu tahu cerita yang berlaku.

            “Apa jadi, encik?” Ida bertanya kepada seorang lelaki yang mungkin agak lama berada di situ.

            “Kereta dia ni langgar belakang lori tu tadi. Kesian jugak, satu famili dalam kereta tu. Macam nak pergi bercuti je, banyak beg-beg pakaian.” Jawab lelaki itu.

            “Macam teruk jugak kan…” kataku.

            “Orang kata seorang anak dia tercampak keluar masa rempuh lori tadi. Sampai sekarang tak jumpa. Tu yang macam tu jadinya…” sambung lelaki itu.

            Tiba-tiba datang sebak di hatiku. Aku tiba-tiba bergerak ke arah lelaki yang cedera itu. Walaupun dah ramai di sekelilingknya cuba menenangkannya termasuklah isterinya, aku seolah-olah mahu juga cuba menenangkannya. Entah apalah di fikiran aku sebenarnya. Membuat sesuatu yang aku sudah tahu takkan berkesan. “Ah, pergi je la…” kataku.

            Baru saja aku ingin menyapa lelaki itu, aku terpandang sebuah beg pakaian berhampiran dengan tempat lelaki itu berdiri. Tertulis nama pemilik beg itu ‘Ahmad Baihaqi bin Ahmad Zainuddin’. “Ahmad Baihaqi?” kata hatiku.

            “Irene Sofea!!!” terdetik dalam hatiku.

            “Sofea!!!” jerit lelaki itu. Memanggil-manggil anak perempuan tunggalnya yang masih tidak dijumpai. Isteri dan anak-anak lelakinya sedang dirawat oleh seorang perempuan yang agak mahir dalam pertolongan cemas, sementara menunggu ambulan datang.

            Irene Sofea…

            “Rohaiza, ni ada berita yang accident tadi tu.” Panggil Ida.

            Aku terus berlari ke depan televisyen. Mendengar berita tentang kemalangan itu. Hanya aku dan Ida di rumah ini, memang telah lama kami sewa rumah ini sama-sama.

            “Alah… kesian kan. Cute jugak budak perempuan yang terkorban tu..” kata Ida sebaik sahaja wajah dan nama mangsa yang terkorban disiarkan di kaca televisyen.

            “Irene Sofea…”

            Siapakah lelaki misteri yang berwajah suram itu? Aku bagaikan tertarik ingin mendekatinya.

            “Cik, ni set makanan yang cik pesan. Semuanya RM9.90.” sapaan pelayan restoran tempat aku singgah untuk makan tengahari ini mengejutkan lamunanku. Aku segera mengeluarkan sejumlah wang dari begku. Sementara menunggu pelayan tadi menyerahkan wang baki, aku mengelamun lagi.

            “Eh!” terpacul keluar dari mulutku, kerana tiba-tiba terlihat lelaki misteri itu melintasi kaki lima restoran tempat aku berada.

            Aku gagahkan hati dan kaki untuk mengejarnya. Seperti sebelumnya, aku masih belum memikirkan apakah tujuan aku mengejarnya.

            “Awak! Tunggu!” jeritku, tanpa sebab.

            Lelaki misteri itu terhenti. Mukanya masih seperti dahulu, seolah-olah terkejut. Dia menoleh, dengan wajah suramnya. Dia memandangku, dengan mata suramnya.

            “Hai, saya Rohaiza.” Kataku. “Bodoh” bisik hatiku. Aku mangutuk diriku kerana menegur seseorang yang aku tidak kenal, malah memperkenalkan diriku. Labih teruk, aku memang tiada tujuan.

            “Rohaiza…” sebut lelaki itu.

            “Ye, saya Rohaiza.” Aku tersenyum. “Saya tau, mungkin ini agak janggal, tapi boleh tak saya berkenalan dengan awak? Harap awak tak keberatan.” Kataku. Hati kecilku berkata “Apa nak jadi, jadilah…”

            “Ye, boleh…” jawabnya, sedikit terketar-ketar suaranya.

            Dia memandangku seperti sang putera memandang Cinderella di majlis tari-menari diraja. Wajahnya seolah-olah terpegun denganku, tapi masih tidak menutup kesuraman itu.

            “Bagus! Hmm, awak nampak macam sibuk. Jadi, kalau awak ada masa boleh tak kita keluar makan bersama. Saya belanja. Bolehlah kita saling berkenalan.” Kataku sambil tersenyum, sambil hatiku tak henti-henti mengutuk tindakan meluluku. Apa yang sebenarnya aku fikirkan pun aku tidak tahu.

            “Saya selalu sibuk. Kalau ada masa, saya pergi jumpa awak.” Kata lelaki misteri.

            “Boleh juga. Harap awak…” belum sempat aku menghabiskan kata-kataku, dia berlalu pergi. Seperti sebelum ini, nampak tergesa-gesa.

            Adakah dia tidak sudi sebenarnya?

            Malam ini aku bersendirian di rumah sewa kami. Ida keluar bersama rakan-rakannya. Ada parti hari jadi katanya. Aku mengemas rumah. Aku jarang ada masa untuk mengemas rumah. Malam itu ada ruang masa sedikit, maka aku isinya dengan kerja tertunggak ini.

            Tiba-tiba bulu romaku meremang. Entah mengapa. Seolah-olah ada benda yang menghampiriku. Semakin kuat, aku rasa takut yang amat sangat. Ingin ku teriak, tapi pada siapa? Aku terduduk ketakutan, menggigil badanku. Makin lama, makin kuat rasanya. Tolong…

            Ting!!! Bunyi loceng pintu.

            Aku segera berlari kearah pintu. Ku intai melalui lubang kecil di pintu, harapanku agar orang yang menekan loceng itu ialah Ida. Aku intai, tapi tiada kelihatan kelibat manusia.

            Ting!!! Berbunyi lagi…

            “Ida!!! Kau ke tu?” lu lantangkan suaraku moga Ida dengar suaraku, jika orang diluar itu ialah Ida…

            Senyap…

            Aku memberanikan diri membuka kunci pintu. Aku buka pintu dan menjenguk keluar.

            “Maaf kerana ganggu awak malam-malam macam ni.” Kedengaran suara seorang lelaki. Aku menjerit lantaran perasaan terkejut yang melampau. Aku menoleh, rupanya lelaki itu ialah seorang yang aku kenali.

            Lelaki misteri…

            “Awak buat saya terkejut…” keluhku.

            Lelaki misteri itu masuk ke dalam rumahku. Bagai tiada apa-apa.

            “Awak, saya rasa macam tak elok awak masuk rumah saya macam ni. Sebab saya ni anak dara, dan awak tu lelaki. Tak elok dipandang orang tau.” Kataku lembut, kerana tidak terdetik di hatiku hendak marah, lantaran diri masih terkejut dengan apa yang berlaku sebentar tadi.

            “Dan… mana awak tahu saya tinggal di sini?” satu lagi soalan yang bernas tiba-tiba muncul di benakku.

            Dia memandangku, dan hanya tersenyum.

            Aku kaget, dan kagum. Oh, rupanya dia boleh senyum. Dan semestinya, dia kelihatan sungguh kacak bila tersenyum…

            “Hmm… abaikan je la. Boleh saya dapatkan awak minuman? Minuman panas atau sejuk?” tanyaku.

            “Mana-mana saja.” Jawabnya.

            Kami mula berbual. Berbual dengan lama sekali. Sehingga hampir tengah malam. Dia meminta diri untuk pulang. Aku menghantarnya ke pintu dan melambainya. Aku sungguh gembira pada malam ini. Entah mengapa, aku bagai tidak mahu lupakan saat tadi. Aku rasakan, bagai telah terbit cinta di hatiku. Cinta pada lelaki misteri.

            “Mengarut!” kataku. Mana taknya, aku masih belum tahu namanya, asalnya, semuanya. Sepanjang perbualan tadi, aku yang banyak bercerita. Dia hanya mendengar, tersenyum, dan memberi sedikit respon. Takkan aku rasa cinta pada lelaki yang aku masih belum kenal itu. Mungkin satu hari nanti akan datang cinta, tapi bukan hari ini. Bukan.

            Cinta! Cinta! Cinta! Tiulah jawapan bagiku sindrom-sindrom yang aku dah alami ini. Aku merindui si lelaki misteri itu, aku rasa sunyi tanpanya, aku ingin sekali berada disampingnya, aku ingin menjadi teman hidupnya. Apa itu? Ya, cinta!

            Kerap juaga kami berjumpa sekarang, tapi tidak pernah ada perjumpaan yang lebih lama dari sejam, kecuali pada hari yang dia datang ke rumahku lewat malam sebulan lepas. Yang aneh, kami tidak pernah berjanji untuk berjumpa di mana, bila, dan sebagainya. Tapi tiba-tiba aku akan rasa satu kehangatan cinta menghampiriku, tegak romaku, aku berpaling, dan dia akan berada disisiku. Agak aneh, tapi aku suka gaya kemunculan mengejutnya itu.

            Hari ini seperti biasa, aku ke tempat kerja. Semasa waktu makan tengahari, aku ke warung yang biasa aku dan Ida makan, dekat sahaja dengan pintu masuk bangunan tempat kami bekerja.

            Sedang kami makan, tiba-tiba Ida memandangku. Aku mengangkat kening, tanda bertanya kenapa dia memandangku sebegitu.

            “Aku nak kenalkan kau dengan seseorang.” Katanya manis.

            “Siapa?” tanyaku.

            “Tu dia datang…” kata Ida sambil melihat ke arah kanannya. Aku menoleh, hadir seorang lelaki yang agak tampan berjalan dengan gaya yang sungguh hebat bagai seorang lelaki budiman yang dihormati orang ramai. Pun begitu, senyuman dibibirnya sentiasa terukir, membuatkan orang ramai senang dengan kehadirannya walau hanya di warung sebegitu.

            “Siapa tu?” tanyaku kepada Ida, agak berbisik.

            “Hai sayang, dah lama tunggu? Sorry, I susah jumpa parking tadi…” katanya lembut. ‘Sayang’, sudah cukup untuk menjelaskan siapakah lelaki itu disisi Ida.

            “Kenalkan, ini Azmi.” Kata Ida.

            Aku rasa gembira dan terharu kerana teman serumah yang selama ini aku sangkakan tak tahu apa-apa tentang cinta dan rumahtangga, rupa-rupanya telah mendapat teman hidup yang bagi aku amat sesuai.

            “Hmm…” keluh hatiku. Bahagianya mereka, sedangkan aku, nama lelaki itu pun aku masih tak tahu…

            Sedang aku termenung, aku dapat rasakan perasaan yang aku sangat-sangat nantikan. Aku pejam mata, berpaling ke kananku, dan membuka mata. Ya, lelaki misteri dah datang lagi… Aku membayar makananku, dan minta diri dari Ida. Aku terus berjalan mendapatkan lelaki yang aku rindu sejak saat pertama dia melangkah pergi selepas perjumpaan denganku semalam.

            “Hai! Dah lama tunggu?” sapaku.

            Dia tersenyum, dan berjalan seolah-olah mengajakku untuk menemaninya berjalan-jalan. Aku turuti hajatnya, kerana aku memang ingin berada disampingnya selalu, begini…

            Aku mula bercerita, seperti biasa. Dan dia mendengar, tersenyum atau memberi sedikit respon, seperti biasa juga.

            Habis sahaja waktu makan tengahari, aku minta diri untuk kembali ke pejabat. Dia tersenyum sahaja. Tapi bibirnya kali ini agak lain, bergetar-getar. Seolah-olah ingin mengucapkan sesuatu.

            “Kenapa awak?” tanyaku.

            “Saya cintakan awak” kata lelaki misteri.

Aku kaget…

Lelaki itu terus berlalu, sambil mengangkat kolar baju labuh hitamnya. Dia berjalan tunduk ke tanah, sehinggalah dia hilang dari pandanganku.

Cinta…

“Tidak!!! Kita takkan kahwin!” lelaki misteri menegaskan.

Di tahun keempat percintaan kami, sepatutnya ini waktu yang agak sesuai untuk membincangkan isu rumahtangga ini. Tapi, jawapan lelaki misteri sangat tajam. Tiada kiasan. Jika betul tidak mahu mendirikan rumahtangga pun, bagilah alasan yang boleh diterima akal. ‘Tak bersedia lagi’ ke, ‘keluarga tak setuju’ ke, apa-apa lah.

“Kenapa?” tanyaku. Aku ingin dengar dari mulutmu lelaki misteri.

“Saya tak boleh kahwin dengan awak…” jawabnya.

“Kenapa? Pasal keluarga ke? Pasal harta ke? Pasal perbezaan darjat ke? Apa?” aku agak mendesak. Aku rasa, aku ada sedikit melampau semasa bertanya tadi.

“Perbezaan darjat…?” lelaki misteri terkejut mendengar kata-kata ini dari lisanku. Adakah benar, ianya kerana perbezaan darjat? Lelaki misteri, tolong jawab…

“Perbezaan darjatkah?” tanyaku, lebih spesifik. “Apa maksud awak perbezaan darjat? Saya tak faham. Malah, apakah darjat awak pun saya tak tahu. Ah, apa nak ditanya pasal darjat, nama awak pun saya tak tahu…” kataku.

“Mestikah cinta bermaksud perkahwinan?” tanya lelaki misteri.

Aku kelu…

“Jika tidak kahwin, tidak cintakah kita?” sambungnya.

Aku pening…

“Tak bolehkah saya beri cinta saya pada awak, dan awak beri cinta awak pada saya, tanpa ikatan perkahwinan?” soalan terakhirnya.

Aku seperti hendak pitam. Kata-katanya amat benar, tepat, dan merempuh kesemua persoalan-persoalanku. Hancur lebur, semuanya terjawab dengan persoalannya tadi…

“Rohaiza…” suara terakhir yang ku dengari. Kemudian, aku tak sedar lagi apa yang berlaku. Gelap…

Kini usiaku mencecah 40 tahun. Anehnya, aku masih belum berkahwin. Walaupun aku mempunyai seorang lelaki yang amat mencintaiku, dan aku mencintainya, namun mungkin sudah takdir kami untuk terus bersama sebagai pasangan kekasih sampai bila-bila.

“Rohaiza…” sapa kekasihku. Lelaki misteri kesayanganku melangkah masuk ke pejabatku. Aku kini punyai pejabat sendiri, dinaikkan pangkat ke jawatan yang pernah disandang Ida dulu. Ida meletak jawatan kerana mengikut suaminya. Suaminya seorang ahli perniagaan yang amat berjaya. Aku bangga dengan Ida, mempunyai sebuah kehidupan yang harmoni.

“Hai!” sapaku riang. “Lama dah sampai?” tanyaku.

“Baru je.” Jawab cintaku.

“Awak ni kan, pelik betul. Kadang-kadang saya nak sakat awak, saya minta kerani-kerani kat luar bagitau awak yang saya keluar ke, tak ada kat pejabat ke, malah pernah jugak saya minta diaorang bagitau awak yang saya kemalangan jalan raya semata-mata nak tengok awak takut. Tapi, sama je, awak masuk jugak, hehe.” Luahku. Kadang-kadang lucu juga kekasih aku ni. Muka suram, tapi tindakannya kadang-kadang menghiburkan hati. Tidak, dia memang selalu menghiburkan aku.

“Tak pa, saya kenal kerani-kerani tu semua.” Jawabnya sambil tersenyum. Senyuman yang  aku igaukan selalu, terbawa ke mimpi, di mana-mana.

“Awak handsome tau kalau senyum…” pujiku, memang dia layak dipuji begitu. Dia memang suka dipuji, kerana katanya ramai orang tak suka dia. Entahlah, aku tak pernah jumpa pun mana-mana orang yang benci dia.

“Awak pula cantik bila senyum. Senyumlah selalu,ye?” katanya.

Aku memang selau senyum, lelaki misteri… Aku akan selalu senyum begini jika kau sentiasa disisiku begini. Kaulah suka dukaku. Kaulah cintaku. Kaulah hidupku…

Aku memandang lelaki misteriku dengan penuh cinta. Dia pun begitu. Aku kagum dengan dia, wajahnya masih tampak muda seperti hari pertama aku jumpanya di hospital dulu. Pernah ku tanya, awet muda kah? Dia hanya diam membisu, dan tersenyum. Tidak apalah, itu pun aku sudah cukup bersyukur. Dia berada disisiku pun aku sudah cukup bertuah.

“Kejap ye. Saya habiskan kerja ni sikit, nanti kita pergi makan, ok?” kataku.

“Saya turun ke bawah dulu la ye, nanti saya jumpa awak di tempat makan.” Katanya. Lantas keluar dari pejabatku denga tergesa-gesa.

Aku tak kisah, aku tahu dia sibuk. Tapi aku masih belum tahu apa pekerjaannya. Aku betul-betul sudah tidak kisah dengan profil pribadinya. Biarlah siapa dirinya, aku hanya mahukan hatinya. Aku mahukan cintanya. Itu sahaja.

Habis sahaja kerjaku, aku turun ke tempat letak kereta. Aku memandu keretaku jauh dari pejabat. Aku masuk melalui lorong-lorong kecil, aku ke tempat makan yang agak tersorok dari pandangan ramai. Aku tidak pernah ke sini dengan lelaki misteriku.

Tiba-tiba rasa cinta kian menghampiri. Tegak bulu romaku. Satu perasaan yang aku amat nantikan.

“Dah lama tunggu?” sapa lelaki misteri.

Terkejut. Macam biasa. Walau ke mana pun aku pergi, dia pasti dapat menjejaki aku. Seronok juga main permainan macam ni. Macam main sorok-sorok pula. Yang anehnya, dia akan sentiasa datang padaku. Membuatkanku tidak pernah sunyi apabila memerlukannya.

“I love you…” bisikku di telinganya.

Dia tersenyum. Aku gembira begini.

Aku sedang berehat di beranda bangloku. Syukur, dengan gaji yang agak tinggi aku peroleh dulu, aku mapu membina banglo idamanku ini. Kini hidupku selesa walau hanya bersandar pada wang keuntungan kedai runcit yang ku buka berhampiran dengan bangloku. Beginilah kehidupan orang yang bersara sepertiku, terlampau sunyi hidup tanpa kerja. Jadi, aku menyewa kedai tersebut untuk dibuat kedai runcit, semata-mata untuk mengisi masa terluangku. Disamping itu, aku dapat juga menambah pendapatanku. Aku mengupah seorang anak jiranku untuk menjaga kedai itu sepenuh masa, tapi aku kerap juga turun ke sana, kerana untukku menjaganya sepenuh masa adalah terlalu memenatkan.

Aku dikejutkan dengan deringan telefon. Aku segera mendapatkannya. Aku tergamam…

Aku segera bersiap dan memandu keretaku ke hospital. Panggilan dari Azmi tadi benar-benar menyentak sanubariku. Ida tenat di hospital. aku tidak pernah diberitahu tentangnya yang mengidap barah. Mereka ke sini untuk makan angin, tetapi tiba-tiba barah Ida menyerang. Ida tiba-tiba tidak sedarkan diri dan koma.

Setibanya aku di hospital, aku menemui Azmi yang sedang risau di depan pintu bilik bedah.

“Rohaiza…” Azmi mendapatkanku.

“Kenapa?” tanyaku.

“Saya tak tahu dia sakit tadi. Sebelum ni pergi buat pemeriksaan, barahnya tidak serius, dan tidak aktif. Tapi tadi tiba-tiba dia tak sedarkan diri. Sampai sini doktor kata barah menyerang.”

“Dia boleh diselamatkan ke tak?” tanyaku.

“Doktor kata, harapan sangat tipis. Kalau dapat pun, ia satu keajaiban…” kata Azmi. Bagai ingin gugur jantungku mendengar berita yang kawan karibku mungkin akan pergi bila-bila masa sahaja. aku tidak putus-putus berdoa.

Tiba-tiba aku terasa kehangatan cintaku, bulu romaku tegak kembali, seolah-olah lelaki misteriku ingin datang menemuiku. Aku mencari-cari kelibatnya tapi tak ketemu. Aku lihat pintu bilik bedah bergerak-gerak, seolah-olah ada orang baru sahaja masuk.

Tak lama kemudian, pintu terbuka. Lelaki misteriku keluar dari bilik bedah itu. Ingin ku panggilnya tapi lidahku kelu, mungkin kerana sedihku mengenangkan Ida. Lelaki misteriku berjalan terus tanpa menyedari kehadiranku disana. Aku lihat dia berjalan, hinggalah dia hilang dari pandanganku.

“Maaf…” kata doktor, aku berpaling kerana terkejut. Aku lihat doktor sedang memegang bahu Azmi. “Kami dah cuba sedaya upaya, tapi Tuhan lebih sayangkan dia…” kata doktor tersebut.

“Ida!!!” aku menjerit, terduduk…

Di kejauhan, aku lihat lelaki misteriku muncul di tempat dia menghilang tadi. Dia memandang ke arahku, mungkin menyedari kehadiranku di sana selepas terdengar jeritanku.

Dia memandangku. Dari renungan matanya itu, dia seolah-olah berkata…

“Maaf…”

Bahagia dan derita. Itulah dua perasaan yang aku rasai sekarang. Banglo dan keretaku aku sedekahkan kepada badan kebajikan. Sejak aku terlantar di hospital ini, aku banyak merenung diri sendiri. Aku membuat refleksi pada diri sendiri. Aku mengimbau kembali kenangan-kenangan sepanjang aku bernyawa di dunia ini.

Deritanya, menahan sakit ini. Aku tidak menghidapi mana-mana penyakit kronik seperti sakit jantung, darah tinggi dan lain-lain. Aku hanya sudah terlalu tua. Aku bersyukur dengan umur yang panjang ini. Kadang-kadang aku sudah merasa puas untuk hidup, dan bersedia untuk ke alam seterusnya, menyambung perjalananku.

Bahagianya, hingga kini, setiap hariku ditemani oleh lelaki misteri. Aku masih ingin mengetahui namanya, namun dia juga masih tidak mengendahkan persoalanku. Namun aku bersyukur dengan kehadirannya di dalam hidupku. Aku mengenal erti kebahagiaan dan cinta. Aku akan cinta dia, sehinggalah ke nafas terakhirku. Aku tahu, nafas terakhirku kian hampir juga…

Tiba-tiba terasa hangat cinta, bulu romaku menegak, rasa rindu yang membara. Aku tersenyum, terus menoleh…

“Rohaiza…” sapa lelaki misteriku.

“Awak…” balasku. Aku sangat gembira, seperti hari-hari sebelumnya. Aku suka menatap wajah suramnya itu. Suram tapi mendamaikan. Wajahnya tidak berubah, dan takkan berubah. Masih tampak muda dan bergaya seperti di hari pertama kami bertemu dulu. Cuma aku sahaja yang sudah tua dan lemah, menunggu maut…

“Saya nak bawa awak jalan-jalan hari ni, boleh?” katanya.

“Awak ni, saya kan di hospital ni. Nak berdiri pun dah tak larat. Takpelah awak, cukuplah yang kita jalan-jalan selama ini.” Jawabku. Ku gagahkan jua urat-uratku untuk berkata-kata, dan tersenyum. Aku suka senyum padanya, kerana kemudian dia pasti akan senyum padaku kembali.

“Tak ada masalah tu. Mari saya bawa awak.” Dia menutup mataku dengan tapak tangannya. Tiba-tiba aku rasa bagai terbang di awangan. Begai bergerak ke satu tempat lain.

“Dah sampai.” Katanya.

Aku membuka mata… Indah! Aku berada di puncak sebuah bukit. Melihat sekeliling yang terlalu indah. Ada anak sungai yang mengalir damai. Ada tumbuh-tumbuhan yang menghijau riang. Ada burung-burung yang menyanyi merdu. Dan… Ada lelaki misteri yang menakluk hati ku, memeluk cintaku. Ini sudah cukup istimewa bagiku, bagai hadiah terakhirnya sebelum aku pergi selamanya.

“Suka tak?” tanyanya.

“Suka. Suka sangat.” Jawabku.

Dia menundukkan kepalanya, dan mencium ubun-ubunku. Aku rasakan satu kebahagiaan yang makin berlipat ganda. Hatiku seolah-olah menghalangnya dari mengangkat bibirnya dinginnya dari ubun-ubunku. Aku suka.

Kami duduk di sana, melihat pemandangan yang indah itu.

Malam berlabuh, kami masih leka di sana. Aku sangat-sangat gembira. Inilah pertemuan paling lama aku dengannya. Tiada apa lagi yang aku pinta, sekarang andai aku pergi pun, aku sudah betul-betul dalam kebahagiaan. Meskipun aku terpaksa tinggalkan lelaki misteri, namun aku pasti cinta kami ini akan bertemu lagi kelak.

Tiba-tiba sebuah buku jatuh dari poket jaket labuhnya. Niatku ingin bergurau, aku mengambilnya dan menyorokkan ia di dalam poketku. “Nantilah aku bagi.” Kata hati nakalku.

Aku hanyut dalam keasyikan. Aku sandarkan kepalaku di bahunya. Hinggalah aku hanyut ke alam mimpi…

Tiba-tiba aku rasa bagaikan terbang di awangan kembali. Aku biarkan sahaja.

Apabila aku rasakan seperti aku sudah tidak lagi di awangan, aku membuka mata. Aku sudahpun berada di hospital. Aku sudahpun baring di katilku, sendi-sendiku kembali sakit-sakit. Aku menoleh, aku lihat kelibat lelaki misteri sedang berjalan meninggalkan wad.

“Ah, bukunya.” Desis hatiku.

Aku menoleh ke pintu wad, lelaki misteri datang lagi.

Wajahnya lain. Merah bagaikan menahan tangis, bibirnya terketar-ketar. Tapi langkahnya tidak lemah, datang terus padaku.

Aku tahu…

Dia datang ke katilku. Dia duduk di atas katilku, berhampiran dengan kepalaku. Aku memandangnya, seolah memahami, dia mengangkat kepalaku dan meletakkan di atas ribanya. Aku mula selesa.

“Kenapa awak menangis?” tanyanya. Aku terkejut kerana sangkaku aku tidak menangis.

Aku hanya tersenyum, tiada lagi perkataan yamng mampu aku lafazkan.

Aku tahu…

Dia mengusap-usap rambutku. Dia mencium ubun-ubunku berkali-kali. Air mata jernihnya menitis di mukaku. Tangannya menggenggam erat tanganku.

“Saya… Rohaiza, saya…” katanya tersekat-sekat.

Aku tahu, aku dah tahu lelaki misteriku…

Aku dah tahu. Pagi tadi aku membuka bukunya. Aku lihat satu perkara yang amat menyentak jiwaku. Aku terkejut. Ia penuh dengan nama, penuh dengan tarikh, dan penuh denga catatan masa.

Aku membelek setiap helaian, hinggalah aku menjumpai namaku, bertarikh hari ini, catatan masanya ialah sekarang…

“Saya dah sedia.” Kataku.

Dia memegang ubun-ubunku dengan tangan kanannya. Air matanya makin laju mengalir. Tangan kirinya makin kuat menggenggam tanganku. Aku tahu perasaannya.

Aku rasa kebas di bahagian kakiku.

“Saya dah tahu…” ujarku.

Dia mengangguk, tanda faham. Dia sudah pun menyedari yang bukunya tercicir, dan ia diambil olehku.

“Maafkan saya, Rohaiza.”

“Takpe. Tak ada sebab awak nak minta maaf.”

“Saya tahu…” jawabnya. Dalam keperitan tangis.

“Awaklah cinta saya, saya cintakan awak sangat. Terima kasih kerana memberikan saya cinta. Ia benar-benar menjadikan kehidupan saya lebih bermakna.” Ucapku.

Genggamannya makin erat, tangisnya makin sayu.

“Adakah kita akan berjumpa lagi nanti?”

“Mungkin…” hanya satu perkataan sahaja yang mampu dilafaznya.

Aku juga sebak dengan pengakhiran ini. Tapi ia adalah takdirku. Aku sudah bersedia dari pagi tadi lagi. Aku sudah pun habis menangis, dan kini masanya untuk aku menggagahi hatiku.

“Saya cintakan awak, Rohaizaku…” ucapnya sayu, lembut, dan perlahan.

Air mataku kembali mengalir. Tak tertahan sebak ini.

Kebas badanku sudah sampai ke dada. Lelaki misteri memejamkan mata, dengan jerit esaknya terus disisiku. Aku ingin menggenggam tangannya, namun tanganku sudah tidak mampu bergerak lagi. Semua anggotaku yang kebas sudah lumpuh, tidak mampu digerakkan lagi.

“Pandang saya…” pintaku.

Dia membuka matanya. Merah.

Kebas badanku sudah sampai ke tengkuk. Kini di dagu. Dengan seluruh kekuatan, aku mengukir senyuman terakhirku. Senyuman yang sangat dia sukai.

“Selamat tinggal cintaku…” ucapan terakhirku dalam senyuman yang penuh cinta. Dia tahu, dia tahu aku sangat mencintainya.

Kebas sampai ke hidung, sakit badanku teramat, bagai ditusuk-tusuk dengan kejam. Sakitnya maut.

Kebas menghampiri mataku. Aku gunakan mataku untuk memandang cintaku buat kali terakhir. Perit yang mencengkam benar-benar tak tertahan. Kini terasa kebas seluruh kepalaku. Hanya ubun-ubunku yang masih menunggu kebas. Nyawaku hampir ke ubun-ubun. Hampir keluar dari jasadku. Sebentar lagi aku akan merantau jauh…

“Selamat tinggal cintaku, Rohaiza…” kedengaran suara sayu dan tangis lelaki misteriku. Ia sudah cukup mendamaikan aku, sebagai kata-kata cinta terakhir ku dengari sebelum pergi.

Selamat tinggal lelaki misteri kecintaanku…

Selamat tinggal, ‘Dewa Kematian’…

-TAMAT-

Comments 8 Comments »

Copy_of_img_0903SALAM.
I feel like wanna shout to da sky n tell the whole universe about this.
but,i know it wouldnt work huhu.
so i post here,hoping somebody will read hehe.

i went to KBox yesterday.
i found my favorite song in the songs list given.
i didnt find the song before,
maybe they juz put it in.
its is entitled ‘LIHATLAH’ from faizal af4.
i selected the song.
then i sang it with my full emotion n feeling.
without spoiling the vocal ethics huhuhu
.
after the last bit of the song stop,
my partner looked at me.
weirdly… (huh)
then my partner told me that it was marvelous!
it was the best song i ever sang!
whooaaa…
i felt so excited,
ofkoz,it is my favorite song.
it has so many meaning in my life.
such as…it was created according to my diary.
hmmm…
maybe M.Nasir accidentally found my diary n read it.
n then suka2 je make a new song for Faizal.
hmmm…curious…
huhuhu.
anyway,thanks to my partner=)
i feel so…
hmmm dont know what to say.
but for sure,

it is a pleasure=)
 

p/s: M.Nasir not actually did that,it is his own idea.the song is accidentally have connection with my life.so,i choose the song to be my background music hehehe.

Comments 2 Comments »

LAMBAIAN CINTA ZULAIKHA

 

 

Sayu, Zulaikha mendengar bunyi bingit kapal terbang yang baru sahaja
berlepas. Digenggam tangan anak tunggalnya takkala bibit pilu menikam-nikam
benak dua beranak itu, dan linangan air mata melambai pemergian Hanzalah.

 

Tatkala bunyi kapal terbang sudah tidak kedengaran lagi, Huzaifah
memimpin ibunya ke kereta. Disapunya air mata dingin yang terbit di mata buta
ibunya yang tua itu dengan penuh kasih sayang. Zulaikha sebak dalam perjalanan
pulang. Dia masih terkenangkan pelukan terakhir suami tercintanya sebentar
tadi. “Ya Allah, Kau selamatkanlah perjalanan suamiku.”

 

 

“Huzaifah…” Zulaikha memanggil anak tunggal kesayangannya.

 

“Ya, ummi.” Jawab Huzaifah sopan.

 

“Mari ke sini sekejap, ummi nak minta tolong sikit.”

 

Huzaifah segera ke bilik tidur ibunya selepas dipinta. Dipandangnya wajah
ibunya sayu, masih berbekas kepiluan ditinggalkan suami selama 2 bulan. Selama
2 bulan, tidak pernah lekang tangis hiba dan doa dalam Tahajjud Zulaikha saban
hari, mendoakan kesejahteraan suaminya. Namun senyum manis ibu tua itu tidak
pernah tergelongsor dari paksi bibirnya membuatkan si anak bertambah sayu
mengenangkan ketabahan ibunya.

 

“Ya, ummi.” Huzaifah menyapa ibunya.

 

“Ummi jumpa benda ni dalam
laci abah. Apa ni?” tanya Zulaikha sambil menghulurkan sebuah buku berkulit
hitam.

 

Huzaifah membukanya dan
mendapati ia adalah sebuah buku catatan ayahnya. Dibacakan kandungan buku itu
kepada ibunya. Zulaikha tersenyum lantaran mendengar suara Huzaifah yang seiras
suaminya itu menuturkan ayat-ayat daripada buku catatan tersebut, seolah-olah
mendengar Hanzalah bercakap di hadapannya

 

Huzaifah membelek-belek helaian
buku tersebut, hingga satu ketika anak matanya terpaku dek kandungan dua helai
muka surat yang bersebelahan. Bergenang air matanya…

 

Zulaikha masih duduk di
sebelah Huzaifah. Tersenyum memandang ke arah buku itu seolah-olah dia mampu
melihat dan membaca kandungannya. Lidah Huzaifah tersekat-sekat menahan hiba.
Ditahannya suara agar tidaklah ibunya tahu kehibaan itu. Zulaikha masih
tersenyum, bagaikan meminta Huzaifah teruskan pembacaan.

 

“Ummi, yang ni tak penting
sangat.” Kata Huzaifah.

 

“Kamu menangis,
Huzaifah ?” deria keenam Zulaikha menangkap perubahan suara anaknya.
Dipeluknya Huzaifah, Huzaifah kembali tenang dalam pelukan Zulaikha.

 

“Ceritakanlah.” Pinta
Zulaikha.

 

“Pasal wang yang ummi bagi abah. Abah kata, sebenarnya dia dah ada wang
yang lebih dari cukup untuk perjalanan tu, tapi…” kata-kata Huzaifah terhenti
dek deringan telefon di ruang tamu. Zulaikha mendapatkan gagang.

 

Zulaikha menangis…

 

Zulaikha terduduk…

 

 

“Allahu akbar!” suara Huzaifah menggamit rumah usang itu tatkala
mengimamkan ibunya untuk solat maghrib.

 

Zulaikha masih terkenangkan panggilan telefon siang tadi oleh sahabat suaminya,
yang membawa khabar bak petir berdentum-dentum seolah-olah tidak mampu
berhenti.

 

Zulaikha baru menyedari yang wang yang diberinya kepada Hanzalah adalah untuk
pelaburan besar di jalan Allah. Hanzalah membeli kelengkapan tambahan untuknya,
untuk satu misi jihad fi sabilillah di Palestin.

 

Zulaikha sebak mengenangkan pemergian selamanya Hanzalah. Tiada lagi
teman dan kekasih yang selama ini menjadi sayap menaungi kehidupannya. Namun
jauh di sudut hatinya, timbul bibit gembira lantaran pemergian suami tercinta
sebagai seorang syahid.

 

Zulaikha mengangkat takbiratul-ihram.

 

Zulaikha rebah.

 

Zulaikha merasa lemas. Suara-suara seram datang menimbusnya. Bagai
dicarik-carik halilintar pedihnya tubuh. Tiba-tiba datang cahaya, dan
menenangkannya. Hanzalah datang bersama cahaya itu, memapahnya untuk ke destinasi
seterusnya yang abadi dan penuh kesejahteraan.

 

Zulaikha nazak…

 

Zulaikha tersenyum.

 

 

“Ummi…” Tersembur kalimah dari lidah Huzaifah selepas selesai solat
maghribnya. “Innalillahi wa’inna ilaihi raji’un…”

 

Comments 3 Comments »

ABAH

 

 Subuh tadi, abahku, Sulaiman bin
Ahmad, mengadu sakit dada yang teramat pada ibuku. Ibuku mengurut-urut dadanya
dengan harapan abah dapat bernafas dan selesa. Aku yang menyaksikan keadaan itu
tidak mempedulikan apa-apa kerana pada sangkaanku semuanya akan baik sedikit
masa lagi.

 

 Setelah meminta kebenaran dari
ibuku, aku keluar menoreh getah seperti hari-hari sebelumnya. Aku berasa agak
janggal kerana biasanya abah yang akan menemaniku menorah getah setiap pagi,
tapi pagi tadi aku keseorangan. “Alah, makin banyaklah kerja aku ni…” keluhku
bila membayangkan jumlah pohon getah yang perlu ku toreh.

 

 Semasa menoreh tadi, aku tiba-tiba
rindukan abah. Selama ini, semasa menoreh, abah akan berbual-bual denganku,
walaupun biasanya aku tidak melayan sangat topik-topik abah itu. Aku bagaikan
ingin benar mendengar abah bercerita pagi tadi. Sayu dan sunyi.

 

 Selesai menoreh, aku

cuba

hilangkan rasa sunyiku itu. Aku menaiki motosikalku ke pekan dan memasuki sebuah kedai runcit. Aku membeli setin
minuman dan sebuku roti untuk dimakan. Selepas selesai menghabiskan makanan dan
minumanku, aku pulang ke rumah. Hampir dengan waktu zohor.

 

 Setibanya
di rumah, aku melihat banyak kasut dan selipar di tangga. Aku meluru naik dan
melihat kakakku sedang menangis berbantalkan sepupuku. Aku mengagak ada sesuatu
yang buruk telah berlaku. Aku bertanyakan tentang ibuku, dan tetamu menunjukkan
arah dapur.

 

 Di
dapur, berhampiran bilik mandi, aku lihat abah sedang dimandikan oleh beberapa
orang termasuk seorang ustaz. Sebak, sayu, air mataku mengalir deras. Aku
meluru ke tempat abahku, dan meminta izin untuk turut meriba jenazah semasa
dimandikan. Aku meriba bahagian kepala abahku sementara ustaz tersebut menyiram
air ke serata badan abah. Aku pandang wajah tenang abah.

 

 Tiba-tiba
aku terfikir, “Beginikah agaknya abah mandikan aku dulu?”. Aku sebak, kerana
tadi aku sedang memandikan seorang lelaki tua berjasa yang pernah memandikan
aku semasa kecil dahulu. Ku usap-usap muka abah, memegang-megang hidung, mata,
mulut dan telinganya, kerana aku tahu selepas ini aku tidak lagi mampu berbuat
demikian.

 

“Abah, Imran sayangkan
abah…”

 

 Kemudian
abah dibawa ke bilik, aku turut mengangkat jenazah abahku bersama mereka yang
lain. Di bilik, kain kapan telah siap dibentangkan dan abah diletak di atasnya.
Aku lihat ustaz tersebut ingin mengkafankan abah, dan aku meminta izin untuk
turut mengkafankan abah. Aku membaluti tubuh kaku abah dengan kain lepas
berwarna bersih itu.

 

 Tiba-tiba
aku terfikir, “Beginikah agaknya abah memakaikan aku pakaian semasa kecil
dulu?”. Aku sayu, kerana tadi, tibalah giliranku pula untuk memakaikan abahku
dengan pakaian terakhirnya ini. Ingin saja ku peluk abah dan tidak lagi
melepaskannya lantaran kasihku pada abah. Ku balut abah dengan lembut, teratur
dan penuh kasih sayang, sebagaimana abah telah melakukannya kepadaku dulu.

 

“Abah, Imran sayangkan
abah…”

 

 Selesai
dikafankan, abah dibawa ke ruang tamu. Aku mencium-cium wajah abah lantaran
bahagian mukanya masih dibuka untuk ditatap buat kali terakhir. Ibu, kakak, dan
tetamu yang lain juga datang dan memberikan penghormatan terakhir kepada abah.
Kemudian ustaz meminta tetamu untuk membuat saf, untuk mensolatkan jenazah.
Ustaz tersebut mengimami solat jenazah, dan aku berdiri betul-betul di belakang
ustaz. Aku mengangkat takbiratul-ihram, selepas ustaz berbuat demikian.

 

Tiba-tiba aku terfikir,
“Bagaimanakah agaknya abah mengajar aku solat dulu?”. Aku pilu, air mataku mengalir lagi. Tadi aku
mensolatkan abah. Jika dulu, abah dengan penuh sabar mengajarku dan mendidikku
dengan ilmu keagamaan, tapi aku nakal, dan kadang-kadang melawan cakap. Abah
tidak pernah marah walaupun aku begitu, abah sabar sangat melayan kerenahku.
Pernah aku berpura-pura solat di belakang abah, semata-mata hendak meminta abah
belikan aku alat permainan. Tadi, aku benar-benar solat di belakang abah.

 

“Kali ni Imran tak tipu lagi,
abah. Imran sayangkan abah….”

 

Kini, aku di tanah perkuburan
berhampiran dengan rumahku. Seolah-olah hatiku ditikam dengan bibit-bibit sesal
yang teramat. Aku bagaikan ingin waktu mengundur ke belakang, supaya dapat aku
menggembirakan abah. Ustaz mengepalai kami memasukkan abah ke rumah abadinya.
Aku di dalam liang lahad, menyambut abah yang dihulurkan oleh mereka di atas.
Kemudian aku naik. Aku bersama yang lainnya menurunkan tanah untuk mengebumikan
abah, aku ingin tinggalkan abah.

 

Tiba-tiba aku terfikir,
“Beginikah agaknya perasaan abah tika meninggalkan aku dulu?”. Aku teringat,
bagaimana risaunya abah bila menghantarku ke sekolah atau menaiki bas ke tempat
perkhemahan pengakap. Aku bersorak riang bersama rakan-rakanku di dalam bas,
tetapi abah dibalut kerisauan dan kepiluan melihat pemergianku. Aku nampak,
tapi apalah maknanya semua itu dulu? Kini, aku tahu, bagaimana perasaan abah
meninggalkanku, dan harapannya agar dapat bertemu lagi denganku. Kerana aku
benar-benar harap aku dapat bertemu lagi dengannya. Makin lama, kain putih abah
makin tidak kelihatan. Abah tiada lagi.

 

“Abah, Imran sayangkan abah
sangat…”

 

 

“Imran, abah pesan tadi…”
ibuku menemuiku selepas solat isya’.

 

“Apa, bu?” tanyaku, agak
bersungguh-sungguh, kerana kini, hanya kata-kata begitu sahaja yang ada.
Jasadnya telah tiada, maka kata-katanya amat aku perlukan sekarang. Aku
memandang ibu, ingin sekali mendengar ayat keramat itu.

 

“Abah minta maaf dengan Imran
sebab tak dapat temankan Imran pergi menoreh pagi tadi…”

 

Berderai air mata jantanku di
hadapan ibu. Ku peluk ibuku yang tua itu, erat. Aku tak mahu lagi nanti ibu
pergi tanpa mengetahui yang aku amat sayangkannya. Ibu, maafkan sagala dosa-dosa
Imran. Ibuku, yang dari siang tadi menahan tangis dengan sekeping hati yang
disalut ketabahan, juga turut mengalirkan air mata di hadapanku.

 

“Ibu, Imran sayangkan ibu…”

 

“Abah pesan juga…” tambah
ibu, “yang abah sayangkan Imran sangat-sangat, sejak dari nafas pertama Imran
sedut selepas diahirkan…”

 

Tangis…

 

Hiba…

 

Sesal…

 

Abah…

 

“Abah, Imran sayangkan abah
sangat-sangat…”

Comments 4 Comments »

“IMANKU DISAKSIKAN BONDA!”

 

“Yusuf…” panggil ibuku.

 

“Mak, please. Nama saya Joseph. Saya tak selesa dengan nama Yusuf tu.”
Aku pergi ke tempat ibuku. “

Ada

apa, mak?”

 

“Hmm..tiada apa-apa Joseph.” Ibuku berlalu pergi ke biliknya, sayu, aku
nampak.

 

Kadang-kadang agak berang juga aku dipanggil ‘Yusuf’ begitu. Telah
berkali ku bagitahu ibuku yang aku bukan seorang Muslim! Hubunganku dengan
ibuku agak renggang selepas dia dan bapaku memeluk Islam 2 tahun lepas. Sebagai
anak tunggal, aku juga diajak untuk menyertai mereka, tetapi aku telah
mempunyai pegangan.

 

Kehidupanku sebagai seorang ahli perniagaan berjaya di ibu

kota

betul-betul membatasi aktiviti harianku. Kerjaku sebagai pengurus muda,
menggantikan bapaku yang telah meninggal tahun lepas, benar-benar mencabar
kredibilitiku. Sepatutnya aku memerlukan masa rehat yang cukup, namun kerana
melayan kerenah ibu degilku itu, kadang-kadang aku terpaksa ke pejabat awal
pagi untuk tidur sebentar sebelum memulakan kerja.

 

“Tuan Joseph.” Terdengar suara setiausahaku di talian, menelefonku dari
pejabat, dan menyedarkan aku dari lamunan.

 

“Ya.” Jawabku ringkas.

 

“Tuan dapat surat dari mahkamah. Saya rasa ia sangat penting.” Kata
setiausahaku, agak terketar-ketar, mungkin kerana bimbang aku akan marah.

 

“Baiklah, saya pergi pejabat sekarang.” Jawabku, lantas menamatkan
perbualan.

 

Dalam
perjalanan ke pejabat, bercelaru fikiranku memikirkan surat itu. Ketika
fikiranku tidak keruan itu, datang sebuah lori dari hadapan dengan laju. Aku
mengelak namun tidak berjaya. Keretaku kemalangan.

 

 Aku
dikejarkan ke unit kecemasan lantaran kecederaan yang serius. Aku dapat rasakan
seperti kakiku telah tiada. Tiba-tiba pandanganku gelap.

 

 

Hari ke-5 aku lumpuh di unit rawatan
rapi. Aku sedar, aku masih boleh mendengar, masih boleh melihat, dan masih
boleh melakukan pergerakan kecil. Setiap hari aku menitiskan air mata, kerana
seorang ibu yang asyik ku lawan cakap, masih lagi setia menungguku, di waktu
orang lain lari dariku. Semalam setiausahaku datang dan memberitahu ibuku, yang
syarikatku telah diisytiharkan bankrap. Syarikatku ditutup serta-merta. Benar,
kami mempunyai keuntungan yang banyak, namun hutang kami lebih banyak. Mungkin
setiausahaku tidak tahu, aku mendengar kata-katanya semalam.

 

“Yusuf, makan ni ye.” Ibuku menyuap bubur nasi, sebagaimana yang telah dia
lakukan di hari pertama ku terlantar lagi. Aku masih ingat semasa ibuku cuba
menyuapku semasa aku masih di tingkatan 3.
Aku menolak dengan alasan aku
sudah besar, dan boleh menyuap makanan sendiri. “Nanti kawan-kawan Joseph
nampak, malulah…” alasanku.

 

Namun hari ini, tanpa tangan ibuku, mungkin aku boleh mati kebuluran. “Mak,
maafkan Joseph.” Kata hatiku.

 

 

Aku
membuka mataku dari tidur, dan aku melihat ibuku sedang menandatangani satu
borang dihadapan seorang doktor berhampiran dengan katilku. Ingin sekali aku
bertanya, namun tiada daya. Sebaik sahaja doktor pergi, ibuku memandangku,
senyumannya cukup ikhlas, cukup untuk membuktikan kasihnya padaku.

 

Ibuku
menghampiri mukaku.
Dia mencium-cium pipiku dengan bibir tuanya. Dia
memelukku, seolah-olah itulah pelukan terakhirnya.

 

 

Malam, aku dibawa ke bilik bedah.
Ingin ku tanya tujuannya, namun masih tiada daya. Anak mataku mencari-cari ibu, namun dia tiada
disisi seperti biasa. Aku janggal.

 

“Mak !”
jerit suara batinku, bagai kehilangan suatu keperluan, kerana selama ini,
ibukulah semangatku dalam mengharungi kehidupan di hospital ini.

 

Di
bilik bedah, aku cuba bertenang.

 

 “Baiklah,
kedua-duanya sudah bersedia.” Kata seorang doctor. Kedua-duanya? Aku hairan. Ku
pandang ke sisiku, ku lihat sekujur badan yang amat ku kenali, juga sedang
menunggu untuk dibedah.

 

“Mak! Mak!” hatiku menjerit
seolah-olah sudah faham maksud situasi ini. Bagai mendengar kata-kataku, ibuku
berpaling ke arahku, air jernih mengalir dari matanya, namun dia tersenyum
puas.

 

 

Aku dibawa melawat pusara ibuku. Dia
telah mendermakan satu organ, yang dirahsiakan daripadaku, kepadaku. Aku tidak
dapat menahan sebak melihat nama ibuku terukir di batu nisan bersebelahan kubur
bapaku di tanah perkuburan Islam berhampiran kediamanku.

 

Aku diberikan sepucuk

surat

,
katanya daripada ibuku.

 

“Yusuf, kamu masih tidak boleh mati,
kerana kamu masih belum menjadi orang Islam.” Kata-kata terakhir ibuku, katanya
ditulis sebelum dia memasuki bilik bedah, kepadaku. Bagaikan halilintar,
menghentam kalbuku.

 

Air mataku deras mengalir…

 

“Asyhadu alla ilaha illallah, wa
asyhadu anna muhammadar rasulallah…”

 

Imanku, disaksikan bonda.

Comments 2 Comments »

KAU HADIR

 

 Aku sedar
dari lena, bagaikan tidak percaya apa yang aku mimpikan sebentar tadi. Raut
wajah yang ayu mengakukan tubuhku kala bertentang mata dengan dia.

 

“Terima kasih…” katanya. Hanya
itu yang dikatakannya. Entahlah, samada mimpi itu hanya mainan tidur, atau ada
rahsia tersirat yang perlu aku terokai.

 

Siapakah dia? Aku memang tak
kenal. Tak pernah nampak. Ingin sekali aku menemuinya di alam realiti ini.
Siapakah gadis ayu yang dibalut sutera putih, dihiasi dengan kelembutan dan
adab sopan yang menunjukkan kelasnya yang mulia disisi agama dan masyarakat.
Senyumannya sangat manis, raut wajahnya sangat ayu, suaranya sangat merdu,
perwatakannya sangat indah… susah pula aku mahu menganggap dia sebagai manusia.
Mungkinkah dia bidadari? Pari-pari? Atau… ilusi?

 

“Ah, aku dah terlewat ke kuliah!”
lantas aku bergegas bersiap dan menaiki motosikalku ke kuliah. Sepanjang
perjalanan, aku tidak dapat merehatkan otakku dari memikirkan tentang dia.

 

“Siapa kau…” soalan yang sering
bermain di fikiranku.

 

“Ah, nanti lama-lama lupa jugak
tu. Lantak la.”

 

 

Seminggu, aku masih membayangkan
wajah itu. Dengan bakat melukis yang aku ada, aku lakarkan wajahnya dia atas
sekeping kertas lukisan. Soalan-soalan yang rakan-rakanku tanyakan tentang
siapakah gerangan gadis di kertas itu biasanya ku jawab dengan perkataan
“entah”.

 

Sebelum tidur, aku berdoa:

 

“Ya Allah. Andai benar gadis itu
wujud, maka Kau pertemukanlah aku dengannya dalam mimpi malam ini. Amiin.”

 

 

“Kenapa? Tak suka ke saya ucap
terima kasih?”

 

Terpegun, aku jumpa dia lagi.
Pelbagai soalan berada dalam fikiranku namun kini persoalan-persoalan itu
bagaikan sudah tiada. Kelu tak terkata.

 

“Awak nak jumpa saya untuk
berdiam je ke?” tanya dia dalam nada berseloroh, sambil ketawa kecil kedengaran
di mulutnya.

 

“Takpelah kalau taknak cakap.
Nama saya Syakirah. Saya minta diri dulu.” Lalu dia, Syakirah, pergi
meninggalkan aku dengan seribu satu penyesalan.

 

 

Kenapa aku tak cakap apa-apa? Ah,
kini aku sedar betapa bodohnya aku. Aku bangkit dari tidur dan bersiap untuk ke
kuliah. Pagi itu jalan raya agak sesak, mungkin juga kerana fikiranku yang
kusut, membuatkan aku rasa sebegitu. Apa pun, kehidupan perlu diteruskan.

 

Dalam perjalanan, aku sibuk
memikirkan tentang Syakirah. Jelmaan bidadari di dunia. Itu sahaja yang mampu aku
katakan tentang dirinya.

 

Tiba-tiba aku terdengar bunyi hon
yang sangat kuat. Sebuah bas yang hilang kawalan meluru laju ke arah sebuah
perhentian bas di bahu jalan. Semua orang bertempiaran lari, tapi ada seorang
gadis bertudung labuh dan berhijab masih di situ. Dia sedang duduk kerana
mengutip alat tulisnya yang terjatuh. Aku tahu dia takkan sempat bangun dan
lari. Lalu…

 

BAMMM…

 

Aku turun dari motosikalku dengan
tergesa-gesa. Terus berlari ke arah tempat bas yang merempuh hentian bas itu.
Aku lihat gadis itu telah cedera parah dan terbaring di hadapan bas.
Alhamdulillah, dia tidak digilis oleh tayar bas itu. Aku pergi mendapatkan
gadis itu. Aku nampak kuih-muih yang dibawanya, mungkin sebagai bekal ke kelas,
berterabur dia atas lantai. Aku mendukungnya untuk dihantar ke hospital
terdekat.

 

“Tolong…” kata gadis itu,
terketar-ketar.

 

“Ye, jangan risau. Saya akan bawa
awak ke hospital berdekatan!” kataku.

 

“Tolong, tarikkan tudung saya ke
depan sikit. Jangan bagi aurat saya terdedah…” pintanya.

 

Tersentak aku mendengar
permintaan seorang gadis yang sedang berdepan dengan sakaratul maut. Aku
menjangkakan dia akan pintaku bawanya ke hospital dengan cepat, atau menelefon
kedua orang tuanya, atau yang seumpanya. Tapi jauh meleset sama sekali. Terharu
aku mendengar kata-kata terakhir dia, sebelum dia tidak sedarkan diri.

 

Aku lihat, bajunya telah koyak di
bahagian bahu, lalu aku tanggalkan jaketku, dan menutup bahunya. Aku menahan
kereta seorang lelaki dan memintanya menghantar kami ke hospital. Di dalam
kereta, aku lihat gadis itu dipenuhi darah. Aku rasa, dia mungkin orang baru di
kawasan ini, memandangkan inilah kali pertama aku melihatnya. Walaupun wajahnya
dipenuhi darah, aku yakin, aku tak pernah melihatnya.

 

Setelah dia dibawa ke bahagian
kecemasan, aku membiarkan hal-hal seterusnya diuruskan oleh pakar-pakar di

sana

.
Aku kemudiannya menaiki bas ke tempat motosikalku. Aku pulang ke rumah,
menyalin pakaianku yang telah kotor, dan kemudian pergi ke kuliah.

 

“Kita ada berita kurang baik.”
Kata-kata pensyarahku menarik perhatian kami semua. Elok juga, kerana dari tadi
aku rimas ditanya mengapa lewat dan mengenai kemalangan itu oleh rakan-rakan
sekelasku.

 

“Kita sepatutnya menerima seorang
rakan baru hari ini, tapi tadi kami difahamkan dia terlibat dalam satu kemalangan.
Keadaannya serius.”

 

Semua rakanku memandang ke
arahku. Adakah gadis tadi adalah rakan sekelasku?

 

“Mungkin orang lain la…” jawabku.
Tapi jauh di sudut hati, perasaan aku kuat mengatakan yang dia adalah orang
yang sama.

 

 

Aku sampai di rumah. Aku mandi
dan makan tengahari, lalu merebahkan diri di atas sofa di hadapan televisyen.
Aku menukar siaran kartun semata-mata ingin melupakan kejadian mengejutkan pagi
tadi.

 

Malamnya, aku berdoa lagi. Moga
doaku ini juga dikabulkan. Moga aku dapat bertemu dengan Syakirah lagi dalam
mimpiku. Amiin…

 

 

“Wah, kerap juga awak nak jumpa
saya.” Syakirah hadir lagi. Kali ini aku sudah bertekad dan bersedia. Aku akan
gunakan peluang ini sebaiknya.

 

“Siapa awak?” soalku.

 

Kan

dah bagitau, Syakirah

la.


Jawabnya, ceria.

 

“Maksud saya, adakah awak ni
manusia? Dari mana? Kenapa awak ada dalam mimpi saya?” soalku lagi.

 

“Saya… manusia la. Takkan pokok
taugeh pulak, hehe.” Jawabnya, diikuti dengan ketawa kecil. Aku turut ketawa,
dan tiba-tiba, ketakutan aku hilang. Aku rasakan bagai terlalu rapat dengannya.
Bagaikan adik-beradik, bagaikan sahabat baik.

 

“Saya dari bumi jugak. Saya
tinggal tak jauh dari sini. Awak tak tahu ke kenapa saya berada dalam mimpi
awak? Awak ingat tak apa yang saya cakapkan kali pertama kita jumpa?” soalnya.

 

“Awak ucap terima kasih.”

 

“Ye. Sebab tu la. Sebab nak ucap
terima kasih la…” Syakirah senyum.

 

“Kenapa?” soalku.

 

“Eh, banyak jugak soalan awak ni.
Nanti la awak tahu jugak, ek. Hmmm… kalau awak tak keberatan, saya…”

 

“Apa?” aku ingin tahu.

 

“Boleh tak kita jadi kawan?”
Syakirah memandang ke arahku. Sekali lagi aku terpaku bila mata cantiknya
memandang tepat ke mataku. “Tapi, dalam mimpi je la. Kat luar tak boleh dah.”
Sambungnya.

 

“Kenapa? Kenapa hanya dalam
mimpi, kat luar tak boleh?” soalku lagi.

 

“Tengok la tu, ada je soalan awak
ni. Awak ni memang suka menyoal ek?” selorohnya, mungkin juga menegur sikap
inkuiriku.

 

“Oh, maaf. Boleh! Mestilah boleh.”
Balasku, ada sedikit rasa bersalah.

 

“Terima kasih.” Katanya, sambil
tersenyum. “Hmmm… ok la. Jumpa nanti pulak. Awak dah kena bangun dari tidur,
nanti lewat ke kuliah. Bawa motosikal elok-elok ek. Oh, bagitau mak saya, saya
tak sempat sampaikan hajat dia. Saya minta maaf banyak-banyak.” Katanya.

 

“Bagitau mak awak? Sapa mak
awak?” soalku.

 

“Awak ni, betul la. Suka sangat
menyoal. Kadang-kadang, tak semua benda kita kena tahu. Sebab nanti ia akan
berlaku sendiri jugak. Masa tu la yang seronok, kerana kita berdepan dengan apa
yang kita tak tahu. Barulah dinamakan pengalaman berharga. Dah, cukup! Cepat
bangun!” Syakirah mengakhiri kalamnya, untuk malam itu. Penuh hikmah
kata-katanya.

 

 

Aku bangun dari tidur. Aku
bersiap, dan pergi ke kuliah. Setibanya aku di

sana

,
aku lihat sebuah bas sedang menunggu penumpang di kawasan kolej. Tiba-tiba
Rosman, rakan sekuliahku keluar dari bas.

 

“Hei, lambat la kau ni. Kitaorang
tunggu kau sorang je ni. Cepat naik!” jerit Rosman.

 

Aku bergegas meletakkan
motosikalku, dan menaiki bas. Semua rakan sekuliahku sudah pun ada di dalam
bas. Nak pergi mana pulak ni?

 

“Kau tak dapat ke SMS aku
semalam?” tanya Jenny, setiausaha kami.

 

Aku mengeluarkan telefon
bimbitku. Dari semalam aku tidak periksa telefon bimbitku. Rupanya ada mesej
yang masih belum ku baca.

 

“Esok, sila datang ke kuliah
30minit lebih awal, kerana kita akan ke hospital, menziarah bakal rakan
sekuliah kita yang koma akibat kemalangan semalam. Harap maklum.” Kata mesej
tersebut. Aduh, kenapa lah aku tak baca awal-awal mesej ni.

 

 

Di hospital, kami pergi ke
kaunter pertanyaan. Rupanya gadis tersebut masih lagi di I.C.U. Jadi, kami
terpaksa masuk melawatnya berdua-dua. Pihak hospital tidak benarkan kami masuk
ramai-ramai.

 

Sebagai orang yang
‘menyelamatkan’ dia semalam, aku diberikan peluang untuk masuk mula-mula
sekali. Aku ditemani Rosman, masuk ke bilik yang dipenuhi orang yang berdepan
dengan sakaratul maut itu. Seribu keinsafan menghinggap di benak sanubariku,
betapa perlunya aku mensyukuri nikmat kesihatan yang masih aku miliki ini.

 

“Assalamualaikum pakcik, makcik.”
Sapaku, melihat dua orang tua, mungkin kedua ibu dan bapa gadis itu, sedang
menunggu di bilik itu. Kami bersalam dengan bapanya.

 

“Ni lah orang yang bawa dia ke
hospital ni, pakcik.” Kata Rosman, memperkenalkan aku kepada kedua ibu bapanya.

 

“Oh, terima kasih, nak. Kesian
kat awak, mesti kotor pakaian masa tu

kan

.
Takpelah, tolong orang ni banyak pahalanya…” kata bapanya.

 

Aku hairan, tahukah dia anaknya
sedang berdepan dengan maut, kenapa mereka berdua masih terlalu tenang, dan
mampu tersenyum? Walaupun ibunya memakai hijab, tapi aku tahu, dia tersenyum,
melihatkan garis-garis di matanya.

 

“Nak, kalau kami menangis,
menjerit, merintih, adakah anak kami akan balik ke detik sebelum dia dilanggar
tu, dan menyelamatkan diri, dan tak perlu masuk ke I.C.U ni? Adakah dia akan
sedar dan sihat macam biasa?” soal bapanya, seolah-olah dapat membaca
fikiranku. Penuh hikmah kata-katanya.

 

“Hikmah?” terdetik di hatiku. Aku
memandang gadis itu, auratnya masih tertutup, malah masih berhijab, walaupun
hanya menggunakan tuala kecil. Aku sangat tersentuh. Mungkin hasil didikan
ibunya, yang turut menjaga aurat dan pemakaian.

 

“Hmm… sabarlah pakcik, makcik.
Dah takdir Allah. Berserah sajalah padaNya.” Ucapku sebelum bersalam, dan
keluar dari wad itu, untuk memberi peluang kepada rakan-rakanku yang lain.

 

Setelah semua rakan-rakanku
selesai menziarahi gadis itu, kami menaiki bas untuk pulang ke kolej. Salah
seorang rakanku membuka sebuah bekas yang diberi oleh ibu gadis itu. Ibunya
mengirimkan kuih-muih pada kami, untuk dirasa.

 

“Mak dia cakap, dia kirim
kuih-muih kat anak dia ‘time’ pagi
dia kemalangan tu, tapi tak sempat sampai, sebab anak dia kemalangan tu la.
Jadi ni, macam dia nak balas balik la. Makan la sikit sorang ek.” Kata Aisyah, course leader kami.

 

 

Aku sudah membaringkan diriku di
atas katil. Siap untuk tidur. Sambil memikirkan tentang gadis tadi, betapa
cekalnya hati kedua orang tuanya menghadapi takdir yang cukup dahsyat itu.
Semoga mereka sentiasa bahagia.

 

“Assalamualaikum…” Syakirah
menyapaku.

 

Oh, dah tidur rupanya aku.
“Waalaikumussalam…” jawabku, bertemu dengan kawan baruku. “Dah lama tunggu?”
tanyaku.

 

“Ye… awak tu tidur lambat sangat.
Apa khabar hari ni?”

 

“Sihat, alhamdulillah…” jawabku.
Kami meneruskan perbualan hingga ke subuh. Malam itu, kami lebih selesa
berbicara lantaran sudah makin mengenali satu sama lain.

 

“Ha, jangan lagi lupa check
telefon, ada mesej ke apa. Nanti jadi macam semalam lagi.” Pesan Syakirah.

 

“Ok.” Jawabku.

 

 

“BERITA SEDIH. Gadis yang kita
ziarah semalam dah meninggal pagi tadi, jam

6 a.m.

Lepas kuliah tengahari ni, kita pergi ziarah jenazah di rumahnya.” Kata mesej
dari Jenny itu.

 

Tersentak aku mendengar khabaran
itu. Namun apa yang mampu kita sebagai manusia ini lakukan. Semuanya takdir
yang Maha Esa.

 

 

Selepas zohor, kami sama-sama
solat jenazah di rumah gadis itu. Gadis yang tak sempat kami kenal,
meninggalkan kami terlebih dahulu.

 

Seperti biasa, kedua orang tuanya
tetap tenang dan masih mampu tersenyum menghadapi hari duka itu. Aku
menghampiri bapanya, dan mengucapkan takziah atas apa yang berlaku. Dia
mengucapkan terima kasih.

 

“Dah makan kuih-muih yang makcik
kasi hari tu?” tanya bapanya.

 

Kuih-muih? Adakah ini waktu yang
sesuai untuk bercerita pasal kuih-muih? “Dah pakcik, sedap kuih-muih tu.”
Jawabku tersenyum, dalam kehairanan.

 

“Tu hajat makcik, dia minta Irah
bawa kuih-muih tu ke kuliah untuk dimakan dengan kawan-kawan baru. Tu yang
terkilan sikit tu.” Kata bapanya.

 

“Ohh…” namanya Irah…

 

 

Di tanah perkuburan, bapanya
sendiri telah turun ke liang lahad, dan meletakkan anak gadisnya itu ke tempat
persemadian kekal itu. Aku dapat juga melihat setitis air mata jantan bapanya
mengalir, tapi cepat-cepat disapunya.

 

Selepas selesai pengkebumian, aku
berjumpa bapanya.

 

“Awak ni baik. Orang baik macam
ni la yang orang-orang tua suka. Boleh berbakti pada agama dan masyarakat. Hmmm
entah-entah, kalaulah Irah masih hidup, pakcik nak satukan kamu berdua. Irah
cantik tau. Dari sekolah rendah lagi dah ramai orang suka pada dia. Sebab tu
bermula je sekolah menengah, dia pakai hijab. Tak la ramai sangat orang tengok
dia. Dia gadis yang sangat baik, beriman dan taat pada ajaran agama.” Kata
bapanya, mungkin untuk mengenang kembali kenangannya bersama Irah, anak
tunggalnya itu.

 

“Moga dia akan dapat tempat yang
mulia di

sana

nanti, di sisi Tuhan
yang maha Esa.” Kataku.

 

“Amiiin…” kata bapanya.

 

Sebelum pulang, aku bersalam
dengan bapanya. “Perempuan yang baik, adalah untuk lelaki yang baik.” Kata
bapanya mengakhiri kalam. Hikmah!

 

 

Petangnya, aku bersiar-siar di
kawasan perumahanku. Aku seolah-olah mempunyai satu tugasan yang masih belum
selesai.

 

“Hajat ibu? Kuih-muih!”

 

“Cantik!”

 

“Irah? Syakirah!”

 

Adakah seorang yang sama? Irah
dan Syakirah. Jika benar, maka barulah aku tahu kenapa dia mengucapkan terima
kasih di awal pertemuan kami. Kuih-muih itulah hajat ibunya yang tak
kesampaian. Ya, dia cantik, seperti yang digambarkan bapanya. Malah namanya
juga mirip.

 

Aku menunggang motosikalku ke
tanah perkuburan. Aku mencari pusara Irah. Aku menjumpainya, lalu ku cari
ukiran namanya.

 

“Ya Allah, Syakirah!” tersentak.
Namanya Syakirah!

 

 

Selepas isya’, aku menaiki ke
rumah kedua orang tua Syakirah. Aku memberi salam. Bapanya keluar dan
mengajakku masuk. Ibunya menghidangkan air dan sedikit kuih kepadaku.

 

“Makcik…” kataku.

 

“Syakirah minta saya bagitau
makcik, yang dia minta maaf banyak-banyak sebab tak dapat hantar kuih-muih tu
ke kuliah hari tu.” Aku menyampaikan hajat Syakirah. Aku agak gementar, risau
jika mereka bertanya padaku dari mana aku tahu permintaan Syakirah itu. Tapi
sangkaanku meleset, mereka hanya tersenyum.

 

“Takpe, dah takda rezeki kamu
semua pagi tu.” Jawab ibunya, sungguh lembut. Bapanya hanya tersenyum.

 

“Pakcik taknak tanya dari mana
saya tahu permintaan tu?”, itulah persoalan yang menendang-nendang mulutku
untuk diajukan kepada mereka, tapi tiada keberanian.

 

“Kadang-kadang, tak semua benda
kita kena tahu.” Kata bapanya.

 

Itulah yang Syakirah katakan
padaku dalam mimpi hari tu.

 

Setelah hampir sejam di rumahnya,
aku meminta diri untuk pulang. “Terima kasih pakcik, makcik. Sedap air dan kuih
tadi.” Ujarku tersenyum.

 

“Takpe la, nak. Patutnya kami
yang berterima kasih. Tetamu ni rahmat tau.” Kata ibunya.

 

Selepas memberi salam, aku
menunggang motosikalku balik ke rumah.

 

 

Sebelum tidur, aku teringatkan
Syakirah. Betapa agungnya pekerti dirimu. Menjadi kebanggaan keluarga,
masyarakat dan agama. Betapa ingin aku memperisterikan gadis seperti Syakirah.

 

Adakah aku akan bertemu lagi
dengan Syakirah? Dia sudah tiada. Baru saja aku mendapat kawan baru yang cukup
menyenangkan aku, terpaksa pula berpisah. Teringat pula kata-kata bapanya petang
tadi, ingin menyatukan kami, kalau Syakirah masih hidup. Tersenyum aku
sendirian, inilah yang dikatakan jodoh tak kesampaian. Aku hampir-hampir
mendapat seorang jelmaan bidadari sebagai suri hidupku. Tapi takdir Allah lebih
berkuasa. Ia menginsafkan aku, betapa lemahnya kita. Aku bertekad dan berazam,
untuk menjadi lelaki soleh yang taat pada agama. Seorang gadis bernama Syakirah
berjaya melakukannya, takkan aku tak boleh.

 

“Ya Allah. Jadikanlah aku hambaMu
yang soleh. Kurniakanlah aku dengan kekuatan dan keikhlasan beribadah. Dan
kurniakanlah aku dengan keredhaanMu di dunia dan akirat. Amiin…”

 

Kehidupan mesti diteruskan.
Mungkin Syakirah tiada lagi, namun kenangan bersamamu walau hanya beberapa
hari, tetap akan menjadi kenangan terindahku. Syakirah, jelmaan bidadari di
dunia…

 

 

“Assalamualaikum…” Syakirah
menyapaku, lagi…

 

“Waalaikumusslam…” aku tersenyum.

 

“Terima kasih…”

 

Bermulalah kisah persahabatan
kami, terus hingga ke syurga.

 

 

Comments 2 Comments »

Img_0202salam.
ni nak kongsi gambar ckit.ala,bleh la ek.
ni time kat bukit safa, masa sa’i dari safa ke marwah tu.
belakang tu bukit safa la.
time ni rest jap,penat gak,jauh ckit hehe.
kulit pun dah gelap ckit.tp sunburn di sana xsama cam kat malaysia tau.dia kering.
tgh pakai kain ihram tu,tp xnampak sgt.
nk tgk sy pakai kain ihram,tgk dlm photo friendster sy.
smart jugak la huhu.
k la.len kali post lg.
wsalam.

Comments No Comments »

CERITERA BATINKU

ku mengusap rembulan
menyemai senandung kasih
dikau penyeri malam gelita
menemani sepiku

namun mereka tak mengerti
betapa aku menyayangi
sungguh dusta seperti dikata
aku mencuri sinarmu

aku mengagumi mentari
kemegahannya yang pasti
kau membakar semboyan
melonjakku berlari

namun mereka masih tak mengerti
betapa cinta kita terpateri
sungguh nista bicaranya
aku mencuri baramu

mana pendeta cinta
yang bisa merungkai rahsia
bongkarkan isi hatiku
taburkan di muka dunia

mana laksamana perkasa
yang bisa menghunus senjata
belah dadaku cari cintaku
siramkan darah kejujuranku

aku pohon sedetik masa
dengarlah bicaraku
akan ku bisikkan kebenaran
mana kaca mana permata

aku pohon secalit kasih
tatahkan di pintumu
agar gelora menjadi tenang
bila beliung meluah noda

duhai angin bayu
berserulah dengan seruling cinta
iring mereka kepadaku
aku ingin bercerita

Comments No Comments »

SALAM=)
hmm..panjang ckit ni jwpnnya.xpe kan.
xleh post panjang2 kt usrah online,dorg xbaca hehe.

RUKUN NIKAH:
-suami
-isteri
-wali (rujuk susunan wali nikah)
-Dua org saksi
-Ijab dan qabul (rujuk syarat ijab qabul)

SYARAT SUAMI:
-halal (bukan muhram)pd bakal isteri
-dgn kemahuan (tidak dipaksa)
-org tertentu
-mengetahui kehalalan bakal isterinya

SYARAT ISTERI:
-halal (bukan muhram) pd bakal suami
-org tertentu
-tiada dlm nikah org lain (bkn isteri org)
-tidak di dlm iddah

SYARAT WALI DAN SAKSI:
-Islam
-baligh
-akil
-merdeka
-lelaki
-adil (rujuk syarat adil)

PEREMPUAN YANG HARAM DIKAHWINI:
1.sebab nasab -keturunan- (rujuk senarai nasab)
2.sebab susuan
3.sebab perkahwinan (rujuk senarai)

K,tu sebagai mukaddimah.sy ni penceramah,mmg gitulah mukaddimahnya.bkn apa,nak bg jelas hukum2 dasar dulu,baru bleh bg pendapat.camtu jgak la mujtahid nak berijtihad,hukum dasar mesti jelas dulu.hmmm tu mukaddimah kedua hehe.

kahwin misyar.kahwin kontrak.cuba tgk,menepati x ciri2 di atas?adakah:
1.rukun nikah cukup?
2.Syarat suami dipenuhi?
3.syarat isteri dipenuhi?
4.syarat wali n saksi dipenuhi?
5.mereka halal dinikahkan?

kalau semua cukup,makanya nikahlah,halal.xda masalah.mmg la nampak mcm x proper pkahwinan tu,tapi dr segi hukumnya adalah halal.sah nikahnya.

yang jd masalah ialah bila ada pihak yang melibatkan ini dgn hati dan perasaan.perasaan isteri la,tak setia la.kacang lupakan kulit la.mcm2.

betul.xbaik kalau melukakan hati insan lain.sbb tu kalau nak kahwin misyar,sblm kahwin tu kena bjanji betul2.kena ada kontrak yang difahami oleh kedua2 pihak.

dan,bila kahwin tu plak,jgn r niat nak elak dosa zina je.suami kenalah jalankan tanggungjawab sebagai seorang suami.bg nafkah dan sebagainya,kena bertanggungjawab.jgn igt nak bersetubuh je.maaf la kasar ckit bahasa,bkn xda ayat lembut,tapi kalau nak belajar feqah cam ni la.kena bagi ayat yang orang bleh terus faham,cda kias2.dan isteri pun kenalah memenuhi syarat2 yang telah dipersetujui,dr segi harta ke apa,semua la.pendek kata,orang tua2 kat surau kampung sy cakap,follow all the rules and regulations=)

maknanya,kahwin misyar ni sama jugak mcm kahwin biasa,tapi dah ditetapkan tempoh masanya sahaja.ia bagus untuk mengelakkan org kita terus menerus couple dan buat maksiat,malah berzina.plg kurang,ia halal.

namun,kena igt,Islam amat tidak menggalakkn pceraian.oleh sbb itu,dlm pkahwinan misyar,di akhir kontrak mereka kena bcerai,tu la yang tidak digalakkan.tp xbdosa,x digalakkan sahaja.namun lbh baik jika mereka terus dlm keadaan kahwin dan hidup bahagia bsama sebagai pasangan suami isteri yang bahagia=) lagipun kalau betul cinta,kenapa harus ada pceraian?kan?

rujuklah juga fatwa2 antarabangsa mengenai misyar ini.setakat ini saja ilmu saya.xboleh nak mereka2 fatwa,tp setakat sy tahu,ini sajalah.harap dpt mbantu akh abu dlm menilai pkahwinan misyar ni.sepanjang pengetahuan sy,ia halal.cuma tidak digalakkan sahaja.

(mcm solat jumaat la.kalau terlewat dtg,xsempat dgr khutbah,kita pun solat.solat kita sah,tapi xdigalakkn je.xdosa)

Wallahua’lam.
(Ya Allah,ampunkan aku kalau aku tersilap dlm menyampaikan amanahmu.jauhkan aku dr mjadi org jahil amiiin..)

wsalam.

Comments 1 Comment »

Aiii…geram betol aku ni.i dont know what’s wrong with fazli zainal,but his voice n songs are so good huhu.it’s normally hard to love new songs when i listen to them for my 1st time but HARAPAN n SEJUTA NAFAS CINTA are extremely nice.then i listen to HADIRMU CUMA SEKETIKA also from him,waahhh also nice…hmmm congrates,u made me proud to be a malaysian hahahaha.
GO FAZLI ZAINAL!!!!

Comments 2 Comments »